Hari Pertama…..

September 6th, 2006 by maizan79

Hari ini hari pertama aku menghantar coretan aku di blog baruku ini. Aku sendiri tidak pasti adakah aku mempunyai masa untuk sentiasa mengemaskini blog ini, tapi aku percaya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul tak?. Memandangkan ini kali pertama, aku rasa lebih elok aku mencoretkan sedikit kisah hidupku selama ini terutamanya untuk para sahabatku yang telah lama tidak mendengar khabar berita dariku.

             Erm, di mana harus aku mulakan ya?…Ok…aku mulai terputus hubungan dengan rakan2ku selepas mendapat result SPM di MRSMKT. Pada mulanya aku telah memohon untuk memasuki UTM dlm bidang elektrikal, tetapi apabila keputusan SPM diumumkan, aku tetiba terasa ingin melihat negeri orang(oversea la). Di pendekkan cerita, aku menukar permohonan untuk belajar di Universiti diUK.

      Oleh sebab itu aku aku perlu membuat persediaan A Level selama 2 thn di PPP ITM shah Alam. Baru je setahun aku di situ, aku dikejutkan dgn berita yg negara dilanda kegawatan eko yg serius. So, pembiayaan student ke oversea dibatalkan. sedihnya hanya yg tuhan yg tahu..Rasa setahun tu berlalu dengan sia2 sahaj.Tapi aku kuatkan semangat.Yela…apa yg aku kutip sepanjang setahun tu semua adalah ilmu pengetahuan yg aku rasakan pastinya berguna apabila aku melangkah masuk ke universiti yg baru nanti.

         Aku memasuki Uniten, Bangi dengan azam yg baru. Aku mengambil jurusan elektrik & elektronik. Selama 4 thn aku di situ. Selepas grad, aku bekerja sebagai jurutera kualiti di Panasonics Electronic Devices,Sg Way, PJ. Aku bekerja di situ selama 3 thn dan disitulah  juga aku menemuai pasangan hidupku, Faiz yg bekerja sebagai senior engineer di situ. Selepas berkahwin pada May 2005, aku merasakan kerjayaku tidak lagi sesuai untukku yg bakal memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pd satu masa. Kerjaku yg tidak tentu masa baliknya membuatkan aku bimbang tidak dapat membahagikan masa yg terbaik antara kerjaya dan rumahtangga. Tapi aku percaya, tak semua orang seperti aku, ramai je wanita bekerjaya hebat di luar ana yg mampu memberikan yg terbaik untuk kerja dan keluarga..

          Sekarang, aku kembali menjadi pelajar semula. Aku berjaya mendapat tawaran drpd Uitm untuk membuat master di bawah skim Tenaga Pengajar Muda. Maksudnya, selepas ini aku bakal menjadi seorang pensyarah di Uitm. Mampukah aku menjadi seorang pendidik yg baik?. Aku mengambil master dlm bidang Microelectronics (kerja khusus) di UKM, Bangi bermula Julai 2005. Memandangkan suamiku telah pun membeli rumah di subang 2, Shah Alam, aku terpaksa berulang-alik 3-4 hari seminggu ke UKM dari rumahku. Jauh juga perjalananku itu. Sekarang aku berada di semester akhir. Tengah bertungkus kumus menyiapkan thesis akhirku. InsyaAllah, pada November/Desember 2006, tamatla pengajianku di sini.

          Oh ya, hamper aku terlupa untuk memberitahu tentang kehadiran orang baru dalam rumahtangga kami. Pada 26 April 2006 yg lalu, aku selamat melahirkan seorang anak perempuan yg di beri nama Qistina Balqis. Aku bersyukur sangat dengan kurniaanNya. Terasa lengkap sudah hidupku ini. Tiada apa lagi yang ku inginkan,melainkan hidup bahagia di samping suami dan anak tersayang….